Salam readers,
Setiap orang pernah mengalami perasaan marah. Ada ke orang yang tak pernah marah? sedangkan nabi pun pernah marah, apatah lagi kita kan. Marah adalah satu emosi yang wujud apabila ada perasaan tak puas hati. Kalau marah biasa, mungkin akan reda dalam beberapa minit. Cuba kalau marah yang melampau. Apa yang biasa korang buat untuk lepaskan kemarahan korang. Ni antara pendapat aku, bila aku perhatikan orang tengah marah
1) Menangis
Ada sesetengah orang akan menagis bila rasa marah. Kononnya dapat tolong redakan kemarahan. Biasanya ini dilakukan oleh perempuan. Setakat ni aku tak pernah pula tengok lelaki tengah marah pastu menangis...ada ke?
2) Duduk sorang-sorang
Yang ni memang biasa dilakukan especially bagi yang tengah couple. Kalau tengah marah, selalunya diorang akan tutup handphone dan taknak diganggu orang lain. So, kalau macam ni berlaku kena la bagi masa kat dia untuk tenangkan fikiran
3) Berleter
Bila marah je mesti berleter. Buat ni salah, kena leter. Buat tu salah, kena leter lagi. Bagi aku yang kuat berleter ni biasanya perempuan. Ada juga lelaki yang berleter, tapi takde la common sangat berbanding perempuan
4) Bergaduh
Yang ni kalau marah yang tak dapat kawal. Silap-silap akan bergaduh dengan orang lain. Boleh jadi gaduh besar sehingga bertumbuk pun ada. Kalau macam ni, silap hari bulan boleh hilang kawan. Yela...siapa nak kawan dengan orang yang asyik nak bergaduh je kan
5) Memendam
Ada juga orang apabila rasa marah, diorang akan pendam je perasaan diorang. Nampak relax and cool je. Boleh dikatakan penyabar la. Tapi biasanya bagi jenis memendam ni, pun ada limit nya. Kalau pendam banyak sangat, boleh jadi meletup dibuatnya.
6) Tidur
Yang ni memang aku selalu buat bila aku rasa marah. Setakat ni effective la. Sebab marah dengan tidur adalah satu benda yang contra dan berlawanan. Yela...marah sifat dia serabut tapi tido sifat dia tenang. So, kalau aku tengah marah biasanya mesti akan cari tilam nak tido....hehe
Ada banyak lagi cara untuk lepaskan marah ni. Ada juga dengan meluahkan perasaan dengan kawan. Ada juga dengan makan. Kalau ikut cara Islam, angkat air sembahyang pastu sembahyang sunat. Tak elok juga pendam lama-lama marah ni, sebab ada kesan pada kesihatan juga. Silap-silap boleh jadi heart attack...
p/s: aku rasa banyak lagi cara nak lepaskan marah ni. Kalau korang ada idea dan pengalaman cara lepas geram, share la...=)
Comments (0)
Post a Comment