Salam reader,
Jika orang bercakap tentang cinta jarak jauh? Agak-agaknya apa reaksi diorang. Mungkin diorang akan cakap 'Bukan senang nak cinta jarak jauh ni. Nama pun long distance. So, kiranya tak nampak mukalah kalau nak bercinta. Jumpa pun sekali-sekala je'. Tak ramai yang terlibat dalam cinta jarak jauh ni. Kenapa? Mungkin sebab susah nak percaya kepada pasangan masing-masing. Atau pun terlampau rindu sangat kalau tak dapat jumpa dengan si dia. Kiranya macam angau la kan..pheewiitt
Aku ada terbaca satu info tentang cinta jarak jauh ni. Dia ada cakap jangan korang bercinta jarak jauh ini jika tak ada ciri-ciri ni:
1) Berfikiran positif
Yang ni aku rasa memang perlu sangat-sangat jika nak menceburkan diri dalam cinta antara benua ni walaupun nampak remeh temeh. Bukan apa, cinta ni memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Dengan kata lain korang kena percaya betul-betul dengan pasangan korang. Bayangkan tiba-tiba ada pula dugaan yang cakap pasangan korang ni curang, yang mana satu korang nak percaya??
2) Permikiran jauh
Ingat cita-cita je ada pemikiran jauh. Siapa pun tak sangka dalam cinta jarak jauh ni kena ada pemikiran jauh. Maksudnya, korang kena tetapkan komitmen korang dengan pasangan masing-masing. Ada juga yang kata pemikiran jauh ni macam korang bayangkan korang berjaya berkahwin dengan pasangan masing-masing. Dengan cara ni korang rasa lebih yakin la dalam hubungan. Tapi bagi aku ni dah macam berangan je...haha
3) Pemikiran kreatif
Kalau orang dulu-dulu contact orang, pakai surat. Sekarang aku rasa banyak je pilihan dan cara nak contact pasangan korang. Yang paling favourite guna SMS. Tapi korang kenalah kreatif dari semasa ke semasa. Kalau tak, nanti jadi bosan la. Mana taknya, asyik-asyik tanya 'tengah buat apa?','Dah makan ke belum?','Sehat ke?'. Kalau lama-lama mesti bosankan. So, be creative. Jangan terlampau creative sangat tau.
(Boleh kira creative ke ni...haha)