Pages

Cinta pandang pertama atau cinta nafsu??

Category: ,

Salam readers,

Aku nak tanya la, korang pernah alami pengalaman macam ni tak:

"Satu hari, anda telah terjumpa atau terserempak dengan seorang lelaki atau perempuan yang sangat menawan, berkarisma, bergaya dan mempunyai daya penarik yang sangat kuat. Anda memerhatikan dia dengan penuh minat dan teliti biar pun dari jauh atau secara diam-diam.

Selepas itu, anda menjadi angau. Jantung berdegup tak henti-henti. Hati terasa bergetar seperti vibration handset. Bila terserempak dengan dia lagi, anda jadi tak keruan. Anda menjadi gelabah bila bertentang mata dengannya. Pada masa yang sama, anda curi-curi pandang juga pada si dia.

Esoknya anda masih memikirkannya. Tidur tak lena, makan tak lalu. Mandi je basah...haha Apabila anda berangan bersamanya, terus anda golek-golek atas katil. Anda gigit bantal sampai koyak rabak tanpa anda sedari. Anda tak boleh lupakan wajahnya, gayanya, matanya, auranya, karismanya sehingga anda jadi resah dan pada masa yang sama anda juga merasai yang si dia seperti tertarik pada anda"

Jika korang mengalami situasi berikut, sah lah anda sedang mengalami satu fenomena.

Fenomena apa??.........Fenomena Dr Rozmey (apa hal lak ni??=p). Silap-silap, fenomena cinta pandang pertama...pheewwiitt

Wujud ke cinta pandang pertama ni? Mostly kata tak wujud, tapi ada juga yang kata memang wujud pun cinta ni. Korang pula macam mana?

Bagi aku, cinta pandang pertama ni lebih kepada nafsu daripada cinta sejati. Selalunya pada pandang pertama, kita akan lihat dulu keadaan fizikal orang tu. Masa tu mulalah mata merayap sana-sini, kasi scan habis-habis. Mana tahu ada virus trojan ke duduk hinggap kat badan dia? hohoho.. Memang lumrah manusia suka pada yang cantik/handsome kan..

Tapi, ada juga yang bercinta sehingga jinjing pelamin semata-mata sebab cinta pandang pertama. Well, jodoh tu kan di tangan tuhan. Kita tak boleh nak jangka kan...

p/s: Ada yang pernah alami cinta pandang pertama? boleh share pandangan sekali...=)

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails