Salam readers,
Kalau tengok tajuk kat atas, agak-agak korang ada terasa ke? hehe... Memang sengaja je aku buka topik ni memandangkan aku pun bakal jadi doktor gigi yang ikhlas (insyaAllah..hehe). Alright back to business, pada pendapat aku memang ramai rakyat Malaysia yang takut sangat nak jumpa dentist. Kalau ada orang dengar je kena jumpa doktor gigi. Mesti kecut perut, hati, pancreas, usus....betol kan? takyah lah nak tipu..hoho
Aku pernah juga tanya pada pesakit aku sendiri, diorang ni takut ke nak jumpe dentist. Rata-rata kata tak takut. Reasonnya.....tak pula aku tanya lagi. Mungkin sebab aku ni peramah kot...peewit...hoho Salah satu sebab kenapa ramai sangat takut nak jumpa dentist adalah sebab SAKIT.
"Sakit tau bila dentist tu cabut gigi aku....aku taknak pergi lagi"
"Kenapa dentist tu buat ganas sangat..ingat aku ni survival game ke?"
Senang citer rata-rata orang lagi suka tahan sakit daripada jumpa dentist tu sendiri. Apa-apa pun sebab korang takut dentist, aku hormatlah sebab ada banyak faktor kenapa orang boleh jadi takut nak jumpa dentist ni. Tapi aku begitu terpegun dengan keadaan di luar negara. Budaya diorang berbeza dengan di Malaysia.
Di luar negara, diorang telah dilatih dari kecil lagi untuk jumpa dengan dentist ni sejak dari tumbuhnya gigi susu pertama lagi. Kalau kat Malaysia, bila gigi dah lubang besar baru nak cari dentist..hehe Tapi tak bagi diorang, budak kecil lagi excited jumpa dentist dari jumpa doktor perubatan. Aku pun tak sure kenapa. Even, diorang memang begitu teliti dengan gigi. Sebab tu tak ramai kat sana yang kena cabut gigi. Ini dicerita oleh bekas pelajar pergigian kat Australia. Selepas tiga tahun clinical, dia hanya dapat cabut lima batang gigi saja. Kalau kat Malaysia, setahun aku praktikal, dah nak dekat 15 batang gigi aku cabut....hehehe
p/s: Agak-agak apa punca takut dengan dentist ni sebenarnya? =)
Pages
blog comments powered by Disqus