Pages

Kenapa Korang Takut Jumpa Dentist??

View Comments

Category: ,

Salam readers,

Kalau tengok tajuk kat atas, agak-agak korang ada terasa ke? hehe... Memang sengaja je aku buka topik ni memandangkan aku pun bakal jadi doktor gigi yang ikhlas (insyaAllah..hehe). Alright back to business, pada pendapat aku memang ramai rakyat Malaysia yang takut sangat nak jumpa dentist. Kalau ada orang dengar je kena jumpa doktor gigi. Mesti kecut perut, hati, pancreas, usus....betol kan? takyah lah nak tipu..hoho


Aku pernah juga tanya pada pesakit aku sendiri, diorang ni takut ke nak jumpe dentist. Rata-rata kata tak takut. Reasonnya.....tak pula aku tanya lagi. Mungkin sebab aku ni peramah kot...peewit...hoho Salah satu sebab kenapa ramai sangat takut nak jumpa dentist adalah sebab SAKIT.

"Sakit tau bila dentist tu cabut gigi aku....aku taknak pergi lagi"

"Kenapa dentist tu buat ganas sangat..ingat aku ni survival game ke?"

Senang citer rata-rata orang lagi suka tahan sakit daripada jumpa dentist tu sendiri. Apa-apa pun sebab korang takut dentist, aku hormatlah sebab ada banyak faktor kenapa orang boleh jadi takut nak jumpa dentist ni. Tapi aku begitu terpegun dengan keadaan di luar negara. Budaya diorang berbeza dengan di Malaysia.


Di luar negara, diorang telah dilatih dari kecil lagi untuk jumpa dengan dentist ni sejak dari tumbuhnya gigi susu pertama lagi. Kalau kat Malaysia, bila gigi dah lubang besar baru nak cari dentist..hehe Tapi tak bagi diorang, budak kecil lagi excited jumpa dentist dari jumpa doktor perubatan. Aku pun tak sure kenapa. Even, diorang memang begitu teliti dengan gigi. Sebab tu tak ramai kat sana yang kena cabut gigi. Ini dicerita oleh bekas pelajar pergigian kat Australia. Selepas tiga tahun clinical, dia hanya dapat cabut lima batang gigi saja. Kalau kat Malaysia, setahun aku praktikal, dah nak dekat 15 batang gigi aku cabut....hehehe

p/s: Agak-agak apa punca takut dengan dentist ni sebenarnya? =)

Menarik ke Perempuan Kuat Makan?

View Comments

Category: ,

Salam readers,

Aku nak tanya sikit la kat korang. Rasa-rasanya lelaki ke atau perempuan yang kuat makan? Aku sure mesti ramai yang beranggapan lelaki yang kuat makan dari perempuan. 'Ala..lelaki kan ada perut besar, nafsu pun besar. Confirm kalau bab makan pun mesti makan banyak punya'. Mula-mula aku pun sangka macam tu sebab aku sendiri pun kuat makan gak...hehe Tapi sangkaan aku meleset sama skali masa aku pergi keluar makan kat restoran. Restoran tu berkonsep buffet, so berapa banyak nasi korang nak amik pun diorang tak kesah. Sebab tu aku suka pergi sana....huhu

Aku terpegun dengan beberapa orang perempuan yang jelita dan anggun. Lebih kurang macam perempuan Melayu terakhir la...ho3 Disebalik kejelitaan tu, terpegun lak aku dengan sebuah gunung bertimbun dengan nasi. 'Banyak gila minah ni makan nasi, bergunung-ganang lauk pauk dia'. Ingatkan perempuan cantik ni jaga bab makanan ni. Yela...jaga badan la kata kan. Perempuan biasa cerewet bab makan ni. Kalau ajak makan apa-apa, mesti ambil sedikit je. Kalau aku tengok, confirm tak kenyang punya kalau makan. Tapi alasan yang biasa aku dengar bila kena tanya 'Aku tengah diet la'

So, pada pandangan korang la. Perempuan ni kalau kuat makan agak-agaknya menarik tak pada pandangan lelaki? Sebab rata-rata kalau tengok perempuan yang makan sikit, kebanyakkan lelaki akan cakap 'Perempuan ni sopan je'. Cuba pula kalau lelaki tengok perempuan makan banyak, apa reaksi diorang?

'Wow....siapa yang jadi boyfriend dia mesti pokai kan...hehe'

'Nafsu perempuan tu mesti besar....Aaauuummm!!!!...haha'=p

Kalau aku, aku ni jenis tak kesah la. Kalau perempuan tu kuat makan tapi body still maintain je. I don't mind. Tapi kalau kuat makan tapi terus jadi belon. That's one, kena fikir masak-masak dulu...he3

p/s: perempuan kuat makan, okey la.....tapi kalau perempuan tu gelojoh? =)


Perempuan Manja vs Perempuan Gedik

View Comments

Category: ,

Salam readers,

Lama jugak aku tak update blog. Terlampau sibuk dengan belajar dan assignment. Biasalah, dah final year memang sibuk sikit. Banyak benda kena buat. Okey, let's back to our discuttion. Manja? gedik? ada beza ke? Aku rasa lebih kurang je maksud dia. Cuma cara aplikasi la. Kalau cakap pasal perempuan, lelaki mesti akan cakap yang diorang suka perempuan yang manja sebab nampak lebih cute. Kalau perempuan yang garang lak nampak lebih cantik. Aku pun tak sure pasal ni..


Aku ada gak terima pandangan orang tentang perempuan manja dengan perempuan garang. Perempuan memang mempunyai fitrah bersifat manja, cuma cara aplikasinya berlainan. Ada perempuan tak perasan yang diorang ni bersifat manja sampai la ada orang cakap yang dia ni manja orangnya. Kiranya macam natural la, tanpa disedari. Perempuan yang garang pula biasanya takde la memanjang je garang. Diorang hanya bersifat garang pada orang yang bukan mahram atau bukan kenalan rapat. Dengan kata lain, diorang ni tegas la. Kalau dengan boyfriend atau dengan suami, mereka pun boleh jadi manja gak. Macam kucing lak bila diurut..hehe

Okey, apa maksud gedik? Aku mula-mula susah gak nak bezakan gedik dengan manja ni. Macam lebih kurang je. Manja ni lebih kurang macam aku terangkan tadi. Tapi gedik, aku rasa manja yang dibuat-buat. Plastik and hipokrit je. Kalau gedik ni, manja yang tak ingat dunia. Dengan semua orang pun nak manja. Nak mengada-ngada je lebih... Kalau la aku jumpa perempuan gedik macam tu, rasa nak tampar pun ada. Menyampah tol....

p/s: Ada ke lelaki yang suka perempaun gedik ni? =)

[pic] Budak kecil pun pandai beromen

View Comments

Category: ,

*minta maaf penggunaan perkataan 'aku' pada reader yang lebih tua*

Salam readers,

Hah..terperanjat tak baca front page akhabr Metro (3/7/2010). Mesti ada yang tergamam, terbeliak, terperanjat, tercekik dan apa-apa yang 'ter' la. Ingat zaman sekarang tak maju ke. Zaman kita ni terlebih maju nampaknya. Malaysia belum lagi mencapai pembangunan negara maju tetapi rakyatnya terlebih dahulu maju....huhu

Kalau bincang pasal budak sekolah buat sex. Cerita ni dah lama tahu kan. Padahal banyak je video-video lucah melayu melibatkan budak sekolah. (Aku tak tengok tau, ni kawan aku yang cerita). Kalau nak diikutkan bilangan video lucah Melayu, memang tak terkira banyaknya. Baru aku perasan yang Malaysia ni ada ramai pornstar rupanya. So, tak perlulah asyik pandang Maria Ozawa je. Malaysia pun ada product sendiri gak cuma takde cop tanda halal la....so, beli la barangan buatan Malaysia..he3

Back to our story, aku pun macam tak terpercaya budak tadika (umur 4 dan 5 tahun) pun dah pandai bab romen-romen ni. Peh...hebat beb. Zaman aku dulu, umur 4, 5 tahun just tau main kejar-kejar je. Tak tahu lak ada game main kejar-kejar hingga ke bilik ye....haha. Budak-budak ni kena kantoi dengan mak diorang sendiri. Nak tahu apa diorang buat masa terkantoi tu?

Diorang tengah berpelukan sambil kissing missing...romantik gitu...siap ada sound effect lagi. For sure bunyi ghairah la, tak perlu la aku nak bagitau bunyi dia macam mana kan. Nak tahu sangat bayangkan bunyi semut beromen, agak-agak ada bunyi tak...silent je gitu...ha3

Kalau nak highlight kan puncanya, memang banyak. Aku rasa korang pun boleh senarai kan. Ok, ni boleh dijadikan pengajaran pada mana-mana parent dan diri sendiri. Awasi diri dan anak anda. Ingat orang tersayang, jangan bagi diorang kecewa....

Hah...ni dia gambar budaknya....tak tahu malu langsung. Anak siapa la ni =)




p/s: terfikir lak aku, adakah ni disebabkan kurang pendidikan seks atau terlebih?


Tips Jika Ingin Cinta Jarak Jauh

View Comments

Category: , ,


Salam reader,

Jika orang bercakap tentang cinta jarak jauh? Agak-agaknya apa reaksi diorang. Mungkin diorang akan cakap 'Bukan senang nak cinta jarak jauh ni. Nama pun long distance. So, kiranya tak nampak mukalah kalau nak bercinta. Jumpa pun sekali-sekala je'. Tak ramai yang terlibat dalam cinta jarak jauh ni. Kenapa? Mungkin sebab susah nak percaya kepada pasangan masing-masing. Atau pun terlampau rindu sangat kalau tak dapat jumpa dengan si dia. Kiranya macam angau la kan..pheewiitt

Aku ada terbaca satu info tentang cinta jarak jauh ni. Dia ada cakap jangan korang bercinta jarak jauh ini jika tak ada ciri-ciri ni:

1) Berfikiran positif

Yang ni aku rasa memang perlu sangat-sangat jika nak menceburkan diri dalam cinta antara benua ni walaupun nampak remeh temeh. Bukan apa, cinta ni memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Dengan kata lain korang kena percaya betul-betul dengan pasangan korang. Bayangkan tiba-tiba ada pula dugaan yang cakap pasangan korang ni curang, yang mana satu korang nak percaya??

2) Permikiran jauh

Ingat cita-cita je ada pemikiran jauh. Siapa pun tak sangka dalam cinta jarak jauh ni kena ada pemikiran jauh. Maksudnya, korang kena tetapkan komitmen korang dengan pasangan masing-masing. Ada juga yang kata pemikiran jauh ni macam korang bayangkan korang berjaya berkahwin dengan pasangan masing-masing. Dengan cara ni korang rasa lebih yakin la dalam hubungan. Tapi bagi aku ni dah macam berangan je...haha

3) Pemikiran kreatif

Kalau orang dulu-dulu contact orang, pakai surat. Sekarang aku rasa banyak je pilihan dan cara nak contact pasangan korang. Yang paling favourite guna SMS. Tapi korang kenalah kreatif dari semasa ke semasa. Kalau tak, nanti jadi bosan la. Mana taknya, asyik-asyik tanya 'tengah buat apa?','Dah makan ke belum?','Sehat ke?'. Kalau lama-lama mesti bosankan. So, be creative. Jangan terlampau creative sangat tau.

"Fiza, jom la keluar tengok wayang sama-sama. Girlfriend I bukannya tau.....eh, silap antar"
(Boleh kira creative ke ni...haha)

p/s: banyak pula permintaan supaya banyakkan tips dalam blog ni...=)


Cinta pandang pertama atau cinta nafsu??

View Comments

Category: ,

Salam readers,

Aku nak tanya la, korang pernah alami pengalaman macam ni tak:

"Satu hari, anda telah terjumpa atau terserempak dengan seorang lelaki atau perempuan yang sangat menawan, berkarisma, bergaya dan mempunyai daya penarik yang sangat kuat. Anda memerhatikan dia dengan penuh minat dan teliti biar pun dari jauh atau secara diam-diam.

Selepas itu, anda menjadi angau. Jantung berdegup tak henti-henti. Hati terasa bergetar seperti vibration handset. Bila terserempak dengan dia lagi, anda jadi tak keruan. Anda menjadi gelabah bila bertentang mata dengannya. Pada masa yang sama, anda curi-curi pandang juga pada si dia.

Esoknya anda masih memikirkannya. Tidur tak lena, makan tak lalu. Mandi je basah...haha Apabila anda berangan bersamanya, terus anda golek-golek atas katil. Anda gigit bantal sampai koyak rabak tanpa anda sedari. Anda tak boleh lupakan wajahnya, gayanya, matanya, auranya, karismanya sehingga anda jadi resah dan pada masa yang sama anda juga merasai yang si dia seperti tertarik pada anda"

Jika korang mengalami situasi berikut, sah lah anda sedang mengalami satu fenomena.

Fenomena apa??.........Fenomena Dr Rozmey (apa hal lak ni??=p). Silap-silap, fenomena cinta pandang pertama...pheewwiitt

Wujud ke cinta pandang pertama ni? Mostly kata tak wujud, tapi ada juga yang kata memang wujud pun cinta ni. Korang pula macam mana?

Bagi aku, cinta pandang pertama ni lebih kepada nafsu daripada cinta sejati. Selalunya pada pandang pertama, kita akan lihat dulu keadaan fizikal orang tu. Masa tu mulalah mata merayap sana-sini, kasi scan habis-habis. Mana tahu ada virus trojan ke duduk hinggap kat badan dia? hohoho.. Memang lumrah manusia suka pada yang cantik/handsome kan..

Tapi, ada juga yang bercinta sehingga jinjing pelamin semata-mata sebab cinta pandang pertama. Well, jodoh tu kan di tangan tuhan. Kita tak boleh nak jangka kan...

p/s: Ada yang pernah alami cinta pandang pertama? boleh share pandangan sekali...=)

Perlukah jauhkan diri dari bestfriend??

0

Category: ,


Salam readers,

Satu hari, adalah seorang kawan tanye:

"Aku nak tanya kau sikit, kalau lelaki ada bestfriend perempuan, kemudian kawan baik perempuan tersebut bercinta dengan seseorang, apa lelaki tu rasa?"

"Adakah lelaki berkenaan akan melarikan diri atau menjauhkan diri dari kawan baik perempuan berkenaan?"

Skemakan ayat tu? nak buat macam mana, dah dia jadi cikgu bahasa Melayu, memang kena guna ayat skema. Aku dengar pun nak menangis pun ada, menahan gelak. Jahatnya aku ni kutuk member sendiri...hohoho

Kalau korang tanya aku, aku ni jenis tak kesah sangat. Memang aku ada bestfriend perempuan, diorang pun dah ada boyfriend. Tapi aku takde la menjauhkan diri dari bestfriend aku tu. Nama pun bestfriend. So, no feeling at all. Aku lagi rasa happy kalau diorang dah jumpa pasangan yang sesuai bagi diorang.

Ada juga yang akan cakap, diorang akan jauhkan diri dari bestfriend masing-masing sebab tak nak sakitkan hati pasangan bestfriend diorang. Well, it's depend how you handle it. Aku siap bagi nasihat kat besfriend aku and boyfriend dia sekali kalau ada masalah. Nak membantu kawan bina masjid kan bagus, dapat pahala lagi. Last-last, boyfriend dia jadi kawan baik aku lak. Siap boleh gelak sama-sama lagi. =)

So, why need to distant relationship dengan bestfriend korang. Kadang-kadang masalah couple ni boleh selesai dengan nasihat dari bestfriend. But to be bestfriend, know your limit. Jangan over sangat sampai merosakkan hubungan orang lain

p/s : macam mana kalau bestfriend tu tukar jadi pasangan hidup, tak rasa kekok ke? =)


Related Posts with Thumbnails